Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM)
Biasiswa Kecil Sekolah Menengah ( BKSM ) merupakan bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Kedah yang terpilih bagi meringankan beban kewangan semasa sesi pengajian sekolah menengah mereka. Bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Biasiswa negeri Kedah. Bermula tahun 2015 kadar baru biasiswa telah ditetapkan iaitu RM 50 Sebulan kepada pelajar tingkatan 1 – 3 manakala RM 65 Sebulan kepada tingkatan 4 dan 5.
SYARAT KELAYAKAN BKSM
- Pendapatan isi rumah maksimum RM 3000.00 atau dan lebih rendah
- Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan seperti berikut:
i) UPSR bagi pelajar Tingkatan Satu atau,
ii) PT3 bagi pelajar Tingkatan Empat atau,
iii) Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi Tingkatan Dua, Tiga dan Lima.
- Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh negeri Kedah atau sekolah-sekolah lain yang terpilih.
- Pelajar yang tiada penaja lain.
- Bersih daripada tindakan disiplin.
- Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sukan
- Melepasi saringan oleh pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.
CARA MEMOHON BKSM
- Para pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.
- Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) bolehlah menghubungi pentadbiran LBNK.
Telefon : 04-774 4463, Email : biasiswa@lbnk.gov.my
Advertisement